Khamis, 16 Februari 2012

Latihan Kertas 1 UPSR


Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 1
SULIT
Bahasa Melayu
Kertas 1
Set 1/2001
1 Jam
KERTAS MODEL
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN 2001
BAHASA MELAYU
Satu jam
Arahan Am:
1. Kertas soalan ini mengandungi 50 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi
tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
4. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan,
padamkan sehingga bersih tanda yang tidak dikehendaki itu dan kemudian bulatkan
pilihan anda yang baru.

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sakit kuning atau hepatitis B merupakan suatu penyakit yang sebahagian
besarnya dihidapi oleh bayi yang baru lahir. Penyakit ini berlaku apabila tisu-tisu
dalam tubuh badan dimasuki oleh pigmen hempedu (bilirubin) yang
mengakibatkan kulit, selaput lendir, dan bahagian mata putih menjadi kuning.
Kadangkala penyakit ini disebabkan oleh kerosakan pada sel darah merah juga.

Mereka yang pernah menghidap penyakit anemia, malaria, dan radang paruparu
juga mudah dihinggapi oleh penyakit tersebut.
Banyak kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar perubatan tentang
penyakit ini. Antaranya termasuklah pakar-pakar perubatan dari Universiti
California. Mengikut kajian yang telah dijalankan itu, kanak-kanak yang baru lahir
mudah diserang penyakit tersebut. Walau bagaimanapun, hasil kajian itu
menunjukkan bahawa bayi yang lahir cukup bulan dan sihat, tidak perlu dirawat
di hospital jika mereka mempunyai tanda-tanda diserang penyakit kuning.
Tanda-tanda tersebut merupakan fenomena biasa bagi kanak-kanak yang
dilahirkan dalam abad ini.

Kesan penyakit kuning ini pernah dibincangkan oleh pakar-pakar
pediatrik. Setelah beberapa kes demam kuning dianalisis, ternyata bahawa
penyakit ini tidak mendatangkan kesan yang buruk seperti pekak, kurang cerdik,
dan masalah neurologi. Tanggapan selama ini yang menyatakan bahawa
penyakit kuning boleh mendatangkan kesan yang buruk merupakan hipotesis
sahaja. Hal ini demikian kerana tiada bukti yang dijumpai bagi menyokong
pendapat tersebut.

Bagi bayi yang lahir tidak cukup bulan amat mudah mendapat kesan
yang buruk sekiranya menghidap penyakit kuning. Oleh hal yang demikian, bayi
tersebut perlu mendapat rawatan yang sempurna di hospital. Sekiranya tindakan
segera untuk merawat bayi tersebut tidak dilakukan kemungkinan besar bayi
tersebut akan mengalami cacat. Suatu kaedah rawatan yang sesuai untuk
mengatasi perkara ini terjadi ialah dengan meletakkan bayi tersebut di bawah
cahaya biru selama 18 hingga 24 jam atau lebih. Rawatan ini dikenal sebagai
fototerapi. Kaedah rawatan ini sedang diperhalus untuk memperoleh kesan yang
maksimum. Sementara itu, terdapat alat-alat rawatan yang diperbaharu dan
dipermudah juga, sejajar dengan perkembangan teknologi perubatan.

1 Siapakah yang berisiko tinggi menghidapi sakit kuning?
A bayi yang lahir tidak cukup bulan
B kanak-kanak
C penghidap penyakit anemia, malaria, dan radang paru-paru
D kanak-kanak yang kerosakan pada sel darah merahnya

2 Bagaimanakah rawatan yang dilakukan kepada bayi yang menghidap
penyakit kuning?
A rawatan secara fototerapi
B berjemur di bawah cahaya matahari
C memasukkan pigmen hempedu ke dalam tisu badan
D melakukan suntikan vaksin

3 Apakah tanggapan kebanyakan orang terhadap penghidap sakit kuning?
A Pengihidap sakit kuning akan mengalami cacat.
B Selaput mata penghidap sakit kuning akan berlendir.
C Tisu-tisu tubuh badan penghidap sakit kuning rosak.
D Penghidap sakit kuning mudah mendapat radang paru-paru.

4 Semua penyataan yang berikut benar tentang sakit kuning kecuali...
A Penghidap sakit kuning boleh dirawat dengan kaedah tradisional.
B Penyakit kuning hanya berlaku kepada kanak-kanak.
C Sakit kuning disebabkan oleh kerosakan pada sel darah merah.
D Penghidap sakit kuning akan mengalami kekuningan pada bahagian
mata putih.

5 Kata fenomema dalam petikan sesuai digantikan dengan kata…
A akibat.
B peristiwa.
C kejadian.
D tingkah laku.

Soalan 6 hingga Soalan 10
Baca surat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang,
71250 Pasir Panjang,
Negeri Sembilan.

Pengurus,
Syarikat Percetakan Daya Maju,
Jalan Rasah,
71200, Seremban,
Negeri Sembilan. 13 MAC 2001.

Tuan,
Memohon Sumbangan Derma Bagi Menjayakan Seminar Keibubapaan

Saya diarahkan merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Suka cita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan
Guru sekolah ini telah bermesyuarat pada 2 Mac 2001. Pihak jawatankuasa
telah mengambil keputusan untuk mengadakan majlis yang tersebut di atas.

3. Yang berikut ini ialah butir-butir tentang perkara tersebut:
Tarikh : 1 April 2001
Masa : 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang

4. Bersempena dengan seminar tersebut, dua orang pakar motivasi akan
diundang untuk memberikan ceramah tentang kepentingan pendidikan kepada
ibu bapa murid-murid sekolah ini. Beberapa program lain akan diadakan juga.
Program tersebut termasuklah pameran tentang kegiatan sepanjang tahun
murid-murid sekolah ini. Selain itu, pihak jawatankuasa juga bercadang
menjemput pihak bomba untuk memberikan ceramah tentang langkah-langkah
mencegah kebakaran. Kemudian, mereka diminta membuat demonstrasi tentang
cara-cara memadamkan api.

5. Sehubungan itu, kami meminta jasa baik tuan untuk menghulurkan
sumbangan ikhlas untuk membolehkan kami menampung perbelanjaan
menjayakan program-program tersebut. Sumbangan tuan, bolehlah dibayar atas
nama Bendahari Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau memasukkan terus ke
dalam akaun kami: BBMB 6-81671612-05 sebelum atau pada 25 Mac 2001.

Kerjasama dan kesudian tuan menghulurkan sumbangan untuk menjayakan
seminar tersebut kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

NurulHuda
(Nurul Huda Ismail)
Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang.

6 Apakah tujuan surat ini ditulis?
A untuk memaklumkan tarikh seminar
B mengundang pengurus Syarikat Percetakan Daya Bumi ke seminar
C memohon sumbangan derma
D memaklumkan tentang penganjuran seminar keibubapaan

7 Bilakah keputusan untuk mengadakan seminar keibubapaan dibuat?
A pada 13 Mac 2001
B pada 1 April 2001
C pada 2 Mac 2001
D pada 25 Mac 2001

8 Pada pendapat anda apakah intipati ceramah yang akan disampaikan oleh
pakar motivasi itu?
A peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
B peranan ibu bapa untuk memperoleh pendidikan
C masa hadapan sistem pendidikan murid-murid sekolah
D peranan pendidikan kepada ibu bapa

9 Mengapakah sumbangan derma diperlukan oleh Persatuan Ibu Bapa dan
Guru, Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang?
A untuk menampung perbelanjaan yang diperlukan oleh pihak sekolah
B untuk menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti murid-murid sekolah
C untuk menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada
seminar tersebut
D untuk menambahkan sumber kewangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru

10 Kata mengundang dalam petikan tadi sesuai digantikan dengan...
A menjemput.
B membawa.
C mempelawa.
D memanggil.

Soalan 11 hingga Soalan 15
Baca puisi di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Renungkanlah,
Kegagalan bukan bererti mati,
Kita insan bernyawa,
Selagi jantung berdenyut,
Kehidupan perlu diteruskan.
Kejayaan,
Kecemerlangan,
Bebas,
Luas digapai.
Bukan wang jadi ukuran,
Bukan budi jadi sempadan,
Cekal, tabah,
Disambut kegigihan,
Mencapai puncak kejayaan.
Tiada kata putus asa tersembur,
Tiada coretan nokhtah ,
Tiada ukiran sumbing dicipta,
Tiada tarian sumbang,
Segalanya pasti terhasil.

11 Mengapakah kita tidak harus kecewa sekiranya menghadapi kegagalan?
A kerana kegagalan bukan bererti kemusnahaan
B kerana kejayaan akan tercapai pada bila-bila masa
C kerana orang yang kecewa tidak berpeluang untuk memperoleh
kejayaan
D kerana setiap orang tidak akan menghadapi kegagalan

12 Kata digapai dalam puisi bermaksud...
A diambil.
B dicapai.
C dicari.
D dikumpul.

13 Kejayaan dapat dicapai dengan mengamalkan sikap-sikap berikut kecual...
A tabah.
B gigih.
C gagah.
D cekal.

14 Maksud perenggan terakhir dalam puisi tadi ialah...
A kejayaan sentiasa diperoleh oleh setiap orang.
B usaha yang bersungguh-sungguh pasti memperoleh kejayaan.
C kejayaan mudah dicapai.
D kejayaan akan tercapai walaupun tanpa usaha yang gigih.

15 Pada pendapat anda tajuk yang sesuai untuk puisi tadi mungkin sekali...
A Kegagalan.
B Kegigihan.
C Kejayaan.
D Kekecewaan.

Soalan 16 hingga Soalan 20
Baca laporan di bawah ini.Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada minggu yang lalu Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan
Taman Rakan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah ladang getah
di Sungai Ara , Perak. Tujuan lawatan kami ialah untuk mengetahui cara-cara
getah ditoreh dan diproses.

Setelah sampai di sana, kami telah disambut oleh pengurus ladang
tersebut, Encik Halim bin Bakar. Kami telah dibawa ke bilik khas dan diberi
taklimat ringkas selama 15 minit. Kemudian, seorang pekerja ladang itu telah
membawa kami ke ladang getah lalu menunjukkan kepada kami cara menoreh
getah yang betul. Pekerja itu menggunakan sejenis pisau getah khas. Batang
getah ditoreh pada bahagian kulit pokok di sekelilingnya hingga mengeluarkan
susu getah. Susu getah berwarna putih dan pekat.
Susu getah pula mengalir ke dalam sebuah mangkuk plastik yang diikat
pada pokok getah. Selepas beberapa jam, susu tadi dikumpulkan ke dalam
sebuah baldi besi lalu dibawa ke kilang.

Kami kemudiannya dibawa ke kilang dan berpeluang melihat bagaimana
getah diproses. Di kilang memproses getah, susu getah dibekukan. Kemudian,
dimesin dengan mesin khas menjadi bentuk kepingan. Kepingan-kepingan getah
itu disalai di rumah asap. Kepingan-kepingan yang telah disalai, diperiksa untuk
menentukan mutu dan kelas getah tersebut. Kepingan-kepingan getah ini
dihantar ke kilang-kilang memproses bahan-bahan yang dibuat daripda getah
atau dieksport ke luar negara.

Setelah tamat lawatan itu, kami terus pulang ke sekolah. Lawatan kami
amat menarik dan dapat menambah pengetahuan tentang pemprosesan getah di
Malaysia.

Sekian.

Disediakan oleh,
Mohd Firdaus
(MOHD. FIRDAUS) 30 APRIL 2000.
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Taman Rakan

16 Apakah kegunaan mangkuk plastik yang diikat pada pokok getah?
A mengumpul getah
B menakung susu getah
C menahan air hujan
D membekukan susu getah

17 Apakah tujuan lawatan tersebut?
A menambahkan pengetahuan dan teladan
B melihat cara getah ditoreh dan diproses
C melihat cara penoreh menoreh getah bekerja di ladang getah
D mengetahui kegiatan-kegiatan yang dilakukan di ladang getah

18 Yang berikut ialah maklumat yang mungkin diperoleh oleh murid-murid
kecuali…
A mengetahui cara menoreh getah dan cara getah diproses.
B mengetahui proses menoreh dan mengumpul susu getah.
C mempelajari cara-cara menoreh getah.
D melihat getah yang telah menjadi kepingan disalai.

19 Susun ayat-ayat yang berikut mengikut urutan pemprosesan getah yang
betul.
I Getah ditoreh dengan menggunakan pisau khas.
II Kepingan getah disalai di rumah asap.
III Susu getah mengalir ke dalam mangkuk getah.
IV Susu getah dibekukan menjadi kepingan.
A I, II, III, dan IV
B II, I, III, dan IV
C I, III, II, dan IV
D I, III, IV, dan II

20 Yang berikut ialah barangan yang dibuat daripada getah kecuali…
A baju hujan.
B tayar.
C kasut
D baldi.

Soalan 21 hingga Soalan 32
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat di
bawah ini.

21 Kamarul tunduk ke lantai apabila dileteri ibunya sambil kakinya __________
hujung tikar.
A mengait
B mengaut
C menguis
D mengais

22 Semangat dan galakan yang diberikan oleh pakar motivasi itu _______minat
mereka untuk meneruskan projek mereka yang terbengkalai itu.
A menyerikan
B menyalakan
C menyinarkan
D menyerlahkan

23 Cikgu Wahid melonjak kegembiraan sebaik sahaja pelari sekolahnya
_________ ke garisan penamat.
A menempuhi
B mencecah
C menemui
D melalui

24 Pelancaran majlis anugerah itu tergendala berikutan ________ yang tidak
cekap.
A pemantauan.
B pengurusan.
C penilaian.
D pemeriksaan.

25 Pekerja di ladang teh itu __________daun teh sambil mengisikannya ke
dalam bakul yang ____________.
A memetik… digalas
B memungut…dibawa
C menggunting… diangkat
D memotong…dijunjung

26 Haidil ________ saku seluarnya untuk mencari kunci keretanya.
A mengopek-ngopek
B meraba-raba
C meramas-ramas
D membelek-belek

27 Para pelancong itu amat tertarik oleh kehalusan kain songket ___________
Terengganu.
A jahitan
B sulaman
C tenunan
D anyaman

28 Kak Laila menghayati irama muzik melalui radio sebagai ________semasa
menyiapkan kerja sekolahnya.
A pencuci telinga
B buah mulut
C halwa telinga
D alas perut

29 Kecemerlangan pelajar itu dalam peperiksaan telah menjadi _________
guru-guru sekolah itu.
A buah fikiran
B buah tangan
C buah mulut
D buah hati

30 Ibu amat _________ melihat penderitaan hidup keluarga miskin itu.
A terpegun
B terharu
C terkilan
D terasa

31 Ibu membubuh garam yang disangkakan gula menyebabkan air kopi yang
dibancuhnya terasa amat ___________.
A lekit
B masin
C tawar
D kelat

32 Mak Cik Bedah memasukkan dua _________daun kesum dan empat
_________ serai ke dalam raganya untuk dibawa pulang.
A tangkai… jambak
B ikat …batang
C helai…batang
D cucuk…keping

Soalan 33 dan Soalan 34
Pilih kata yang seerti bagi kata yang bergaris.

33 Rubiah menjeling apabila diusik oleh kawan-kawannya.
A merenung
B mengenyit
C mengerling
D menatap

34 Sikap hormat-menghormati dapat menjamin kesejahteraan hidup.
bermasyarakat.
A keunggulan
B kesenangan
C keselesaan
D keharmonian

Soalan 35 dan Soalan 36
Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini yang membawa
maksud tunggal.

35 I Jejari tingkap itu telah berpaku.
II Halaman rumah itu telah ditumbuhi rerumput.
III Pepohon buluh itu tumbuh merimbun di tepi tasik itu.
IV Ibu memasukkan bebola ikan ke dalam masakan itu.
A I dan III sahaja
B I dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D I, II, III, dan IV

36 I Kanak-kanak itu sedang bermain di halaman rumah.
II Bunga-bunga itu dipetik oleh kakak.
III Sarang angkut-angkut itu telah pecah.
IV Buku-buku itu dijual dengan harga yang murah.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II, III, dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV

Soalan 37 dan Soalan 38
Pilih kata berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini yang membawa
maksud berulang-ulang.

37 I Lauk-pauk yang dihidangkan itu enak belaka.
II Janisah memberikan saki-baki makanan itu kepada kucingnya.
III Kedua-dua ekor anak kucing itu berguling-guling di atas tikar itu.
IV Ayah melaung-laung kamu dari puncak bukit itu.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

38 I Hasyim terlonjak-lonjak setelah memenangi perlawanan pingpong itu.
II Mereka tersenyum-senyum kepada kami.
III Mata kanak-kanak itu terkebil-kebil apabila dimarahi oleh bapanya.
IV Budak itu terjerit-jerit apabila dikejar oleh anjing.
A I dan II saja
B II dan III saja
C I, II, dan IV saja
D I, II, III, dan IV

Soalan 39 hingga Soalan 41
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.

39 Sudah berapa lamakah kamu bergiat dalam bidang lakonan ini?
A Sepanjang yang saya ingat sudah hampir enam tahun.
B Saya akan bergiat dalam bidang lakonan ini selama enam tahun.
C Sudah enam tahun keluarga saya mendorong saya bergiat dalam bidang
lakonan ini.
D Sejak enam tahun lalu saya berminat dalam bidang lakonan ini.

40 Bagaimanakah nahas udara itu berlaku?
A Ketika berlakunya nahas udara itu keadaan cuaca berkabus.
B Berlakunya nahas udara itu berkait rapat dengan kerosakan pada kipas
pesawat itu.
C Nahas udara yang seumpama itu boleh berlaku apabila cuaca berkabus
D Pihak polis sedang menyiasat punca berlakunya nahas udara itu.

41 Apakah yang dilakukan oleh Faizal semasa mendengar taklimat itu?
A Faizal mencatat perkara-perkara penting daripada taklimat itu.
B Banyak faedah yang diperoleh oleh Faizal semasa mendengar taklimat
itu.
C Faizal mendengar taklimat itu dengan teliti.
D Hanya isi-isi penting taklimat itu yang dicatat oleh Faizal.

Soalan 42 dan Soalan 43
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.
42 A "Ibu, ini Jamilah, kawan baik saya. Dia cerdik dan aktif dalam sukan."
Kata Rosnah kepada ibunya.
B "Ibu ini Jamilah, kawan baik saya, Dia cerdik dan aktif dalam sukan."
Kata Rosnah
kepada ibunya.
C "Ibu ini Jamilah kawan baik saya, Dia cerdik dan aktif dalam sukan."
Kata Rosnah kepada ibunya.
D "Ibu, ini Jamilah! kawan baik saya. Dia cerdik dan aktif dalam sukan."
Kata Rosnah kepada ibunya.
43 A "Menarik lukisan ini, Kamukah yang melukisnya?" tanya Cikgu Kamil.
B "Menarik lukisan ini. Kamukah yang melukisnya?" tanya Cikgu Kamil.
C "Menarik, lukisan ini. Kamukah yang melukisnya?" tanya Cikgu Kamil.
D "Menarik lukisan ini? Kamukah yang melukisnya." tanya Cikgu Kamil.

Soalan 44 hingga Soalan 46
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.
44 "Bagaimana saya hendak menjemput tetamu dan orang ramai datang
menyaksikan pameran komputer itu, cikgu?”tanya Moi Ling.
A Cikgu menyuruh Moi Ling menjemput tetamu dan orang ramai datang
menyaksikan pameran komputer itu.
B Cikgu menerangkan cara menjemput tetamu dan orang ramai datang
menyaksikan pameran komputer itu kepada Moi Ling.
C Moi Ling ingin mengetahui cara menjemput tetamu dan orang ramai
datang menyaksikan pameran komputer itu.
D Tetamu dan orang ramai dijemput datang oleh Moi Ling dan cikgunya
untuk menyaksikan pameran komputer itu.

45 " Gulai itu sedap dan tidak terlalu pedas," kata Mak Jah kepada kakak.
A Mak Jah memberitahu kakak bahawa gulai itu sedap dan tidak terlalu
pedas.
B Kakak memberitahu Mak Jah bahawa gulai itu sedap dan tidak terlalu
pedas.
C Mak jah dan kakak diberitahu bahawa gulai itu sedap dan tidak terlalu
pedas.
D Mak Jah dan kakak memberitahu bahawa gulai itu sedap dan tidak
terlalu pedas.

46 Suhu di bumi akan terus meningkat oleh sebab pembakaran dan
penerokaan hutan yang semakin berleluasa.
A kekurangan suhu bumi di hutan yang terus meningkat disebabkan oleh
kebakaran hutan yang semakini bermaharajalela.
B Penerokaan hutan yang semakin meningkat serta pembakaran yang
berlaku akan menyebabkan suhu di bumi terus meningkat.
C Pembakaran dan penerokaan hutan yang semakin tidak terbatas
menyebabkan suhu di bumi akan terus meningkat.
D Pembakaran hutan yang semakin meningkat serta kekurangan suhu
bumi menyebabkan hutan berkurangan

Soalan 47 dan Soalan 48
Pilih ayat-ayat yang betul.

47 I Dari pagi ke petang dia tidak balik ke rumah.
II Ceramah tentang kem musim cuti itu disukai oleh murid-murid.
III Wak Leman membajak sawah dengan menggunakan traktor.
IV Mereka telah sampai petang ini.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II, III, dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV

48 I Berbagai projek telah dilaksanakan untuk membangunkan kawasan
tersebut.
II Azman merasa amat pilu sekali apabila mendengar cerita sedih itu.
III Tiang telefon itu tumbang lalu menghempap rumah.
IV Kucing peliharaannya sangat jinak.
A I dan II saja
B II dan III saja
C III dan IV saja
D II, III, dan IV saja

Soalan 49 dan Soalan 50
Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.
49 I Gula dan garam larut di dalam air.
II Abang mengulang kaji pelajarannya hingga larut malam.
III Sakitnya bertambah larut sejak belakangan ini.
IV Kesengsaraannya larut setelah rumahnya terbakar.
A I dan II saja
B I, II, dan III saja
C II, III, dan IV saja
D I, II, III, dan IV

50 I Diam Pak Kamal ialah di pondok usang itu.
II Sudah sepuluh tahun mereka diam di kampung itu.
III Firdaus diam saja apabila disoal oleh gurunya.
IV “Tolong diam sebentar,” kata Ali kepada rakan-rakannya.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II, III, dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV

KERTAS SOALAN TAMAT

Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 17


JAWAPAN KERTAS MODEL: SET 1/2001
1. C
2. A
3. A
4. B
5. C
6. C
7. C
8. A
9. C
10. A
11. A
12. B
13. C
14. B
15. C
16. B
17. B
18. C
19. B
20. D
21. C
22. B
23. B
24. B
25. A
26. B
27. C
28. C
29. C
30. B
31. B
32. C
33. C
34. D
35. B
36. B
37. C
38. D
39. A
40. B
41. A
42. A
43. B
44. C
45. A
46. C
47. B
48. C
49. B
50. C

Tiada ulasan:

Catat Ulasan