Isnin, 13 Februari 2012

Salam perkenalan.....

Sekalung tahniah buat semua tenaga pengajar Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 atas peningkatan yang telah direodkan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2011 yang lalu. Tidak kira tahap dan kelas mana pun anda mengajar, ternyata sumbangan anda amatlah bermakna atas kejayaan tersebut. Semoga ia akan terus menjadi doktrin untuk sentiasa merekodkan kejayaan dan peningkatan tahun demi tahun.

Guru-guru Bahasa Malaysia yang dihormati,
Untuk menzahirkan kejayaan seseorang murid memperolehi 2A dalam UPSR bagi subjek BM bukanlah merupakan usaha yang singkat. Ini kerana murid tersebut perlulah melalui proses yang panjang, bermula sedari tahun 1 lagi bila mana dia diajar untuk mengenal baca tulis, seterusnya pada tahun-tahun yang berikutnya pula giliran bagaimana untuk menyediakan mereka untuk berbahasa secara betul dan tepat hinggalah pada tahun 6 kita memikirkan pula bagaimana hendak menyediakan mereka ini secara menyeluruh dengan merangkumi segala pengetahuan dan pengalaman dari tahun 1 lagi untuk mereka ke medan UPSR. Justeru, syabas dan tahniah saya ucapkan. Moga lebih banyak murid cemerlang dapat kita hasilkan bagi tahun-tahun mendatang.

Di saat orang lain sibuk mengira tambahan  elaun atas subjek tertentu, kalian sentiasa tabah menyelesaikan tugasan biarpun ada ketikanya seakan seperti menjadi kelas kedua dalam hieraki tersebut. Kini, dasar kembali dialih arah. Kepentingan bahasa kita yang merupakan Bahasa Kebangsaan diangkat semula pada kedudukan sepatutnya. Maka bermulalah pula episod lebih mencabar buat kita dalam merealisasikan MBMMBI. Apa pun, saya amat optimis bahawa kalian semua akan dapat mengangkat martabat dan kecemerlangan Bahasa Malaysia khususnya, dalam organisasi kecil bernama Taman Bunga Raya 1 ini.

Ayuh, mari kita menjunjung cabaran ini. Perkuatkan kuda-kuda tatabahasa, buka langkah kosa kata, ayunkan tangan pendekar segagah Pendeta Zaaba, kita tarikan bunga kecemerlangan atas nama bahasa tercinta, insyaAllah jaya akan menerpa jua di sepanjang masa.

Sekian, terima kasih.


Musafir  Kelana



SENARAI PENGAJAR BAHASA MALAYSIA SKTBR 1

TAHUN 1

1.   PUAN ANIZAH BT ROSLAN
2.   PUAN NORAISYAH BT BAHISHAN (A & G)
3.   PUAN AZNIDA BT AHMAD (D & F)
4.   CIK NARMA BT YAAKUB (B & H)

TAHUN 2

1.   PUAN NORMAH BT IBRAHIM (E & H)
2.   PUAN WAN MAZNI BT WAN HAMZAH (B & G)
3.   PUAN SUZANA BT AHMAD SUBHARI (A & D)
4.   PUAN FAUZY BT AYOB (C & F)

TAHUN 3

1.   PUAN NORA BT MAT NOR (A)
2.   PUAN ZAITUN BT ABDUL RAHMAN (C)
3.   PUAN MERYANI BT MOHAMED (D)
4.   EN. SUHAIMI B. SAIDIN (E & G)
5.   PUAN ZIZAH BT JAMIAN (B & F)

TAHUN 4

1.   PUAN AIDEA BT IDRIS (C & E)
2.   PUAN ROSNIZA BT BASIRAN (G)
3.   PUAN SABARIAH BT MAT ABU (F)
4.   EN. WAN FIRDAUS B. ABDULLAH (D)
5.   PUAN RUBIAH BT AB RAZAK (A)
6.   PUAN FADZILAH BT MOHD YUSOF (B)

TAHUN 5

1.   PUAN RUBIAH BT AB RAZAK (C)
2.   PUAN ZAMMALA BT MISKON (A)
3.   PUAN ANISAH BT MOHAMED TAUHID (B)
4.   PUAN SITI SAPORA BT GUNDAD (C & F)
5.   EN. MOHD NOOR B. BAKAR (E & G)
6.   PUAN SUHANA BT MOHD TAIB (H)

TAHUN 6

1.   PUAN AZIAN BT SALI (A & F)
2.   EN. ZAMHARIZ B. DIN (B)
3.   PUAN NORLIZA BT AHMAD (D & G)
4.   PUAN ANISAH BT MOHAMED TAUHID (C)
5.   PUAN ZAMMALA BT MISKON (H)
6.   PUAN FADZILAH BT MOHD YUSOF (E)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan