Selasa, 12 Jun 2012

MASA UNTUK MEMECUT

Setelah kembali dari cuti persekolahan, murid-murid diingatkan agar kembali segar untuk menelaah pelajaran. Apa tidaknya, sekarang ini sudah pun bulan Jun. Murid-murid tahun 6 perlu sentiasa fokus kerana UPSR semakin dekat. Justeru, itu dalam usaha untuk membantu murid-murid, Sabtu dan Ahad ini diadakan Kem Bina Insan..

Panitia BM akan berganding bahu untuk mencurahkan ilmu kepada murid-murid sepanjang program tersebut untuk memperkasakan lagi pengetahuan, khususnya yang berkaitan matra bahasa mereka. Selepas itu pula, akan dilancar dan dilaksansakan Bulan Akademik yang merangkumi minggu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, dan Matematik. Apa pun jenama dan pendekatannya, matlamatnya adalah sama iaitu untuk membantu penguasaan akademik murid-murid sktbr 1. 

Justeru, pihak panitia ingin menyeru murid-murid untuk mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. 

Sekian, selamat mengambil bahagian. 

Musafir  Kelana


Tiada ulasan:

Catat Ulasan