Khamis, 30 Ogos 2012

Merdeka...Merdeka...Merdeka

Beratus tahun dijajah
Para kolonial silih berganti
Menyedut setiap inci hasil bumi
Kedamaian dicabul rakus
Penderitaan tersubur mekar
Garis-garis derita membajai kita
Tika darah mengalir merah
Menyirami bumi bertuah ini

Pemimpin diktator nan kotor
Bersama hanyir hapak ideologinya
Cuba menyusun atur tanah pertiwi ini
Seakan semuanya milik mereka
Wajah comel kanak-kanak
Wajah jelita pun tampan orang muda
Wajah kedut orang tua
Semua seakan hilang serinya
Dek rantaian derita sang penguasa

Apapun......
Itu cerita lama lagi usang
Bersarang namun jangan dibuang
Kerana ia perlu dikenang
Dulu, Kini, jua.....akan datang

Perkuatkan jati diri
Perkemaskan kuda-kuda merdeka
Pertahankan bumi tercinta
Kukuhkan perpaduan antara kita
Seiring selangkah menuju arah
Sehati sejiwa mengejar cita
Jangan digadai negara ini
Jangan dipajak maruah bangsa

MERDEKA......MERDEKA.....MERDEKA